background

Thursday, May 3, 2018

Untuk Si Anak Empat


Sebenarnya ini adalah hasil gubahan seni jemari kasar yang terawal yang belum sempat dimuatnaik dalam laman blog ini.  Ini memandangkan ketika gubahan ini siap, tiada siapa pun yang pernah memikirkan untuk memuatnaik ke dalam mana-mana media sosial.

Alasan kedua atas keterlewatan ini ialah hasil gubahan bekas hantaran ini baru saja penulis temui di rumah tuan punya bekas-bekas ini  semasa berkunjung ke rumah bonda beliau.

Mungkin bekas rotan yang digubah menjadi bekas hantaran tidak lagi trending kini, namun masih boleh dijadikan panduan menghias apa saja bekas hantaran lain yang lebih terkini.

Apa pun, tuan punya bekas hantaran ini kini sudah pun memilikki empat orang cahayamata. 😊

Trending Kembali?

 Ketika menghadiri satu jemputan majlis perkahwinan di sebuah negeri di utara tanah air baru-baru ini, penulis sempat melihat beberapa hantaran yang telah digubah oleh pihak pengantin perempuan.

Salah satu gubahan tersebut telah menarik perhatian penulis kerana gubahan ini merupakan gubahan yang sangat trending sekitar 30 tahun yang lalu sewaktu penulis sendiri menjadi pengantin.


Penulis tertanya pada diri sendiri.  Adakah gubahan buah anggur atau cempedak ini sudah kembali trending?  Satu ketika dahulu ramai pengantin menolak untuk membuat gubahan ini sebab sekiranya ianya menggunakan kain untuk dibuat baju, kain akan menjadi renyuk dan sukar dilicinkan.


Tapi mungkin juga lah gubahan ini sudah kembali trending!  Mungkin! 😃

Monday, April 17, 2017

Bahtera Kedua


Walaupun gubahan ini nampak agak simple, namun kerja-kerja untuk menyiapkannya tidaklah se simple mana yang disangkakan.

Pertama kerana kebebasan yang agak terhad untuk menghasilkan sesuatu yang benar-benar memuaskan hati penulis walaupun pihak pengantin nampaknya begitu berpuas hati.  Sebab keduanya ialah, penulis terpaksa menempuh perjalanan lebih dari 500km untuk menyiapkan gubahan-gubahan tersebut.                                                                                                                                                                                                Namun demikian, walaupun ianya kelihatan simple, yang penting tugasan telah dapat dilaksanakan dengan sempurna.



Thursday, November 17, 2016

Se Putih Lili

Star Q


Berita tentang pertunangan itu diumumkan secara tiba-tiba sehingga kami sekeluarga besar rasa sedikit teruja dan selebihnya gembira untuk bakal mempelai.  Banyak yang ingin diceritakan tetapi tidak dapat dikongsi di sini.

Pun begitu memadailah jika penulis mengatakan bakal pengantin berada dalam situasi yang membolehkan beliau menguruskan hampir segalanya tentang majlis perkahwinan beliau dengan sendiri; mungkin dengan sedikit bantuan daripada adik beliau.

Jadi, hantaran pertunangan yang dipaparkan di laman senijemarikasar ini dikongsikan oleh bakal pengantin khas untuk blog ini.

Friday, September 30, 2016

Hantaran Serba Biru

Star Q




Ini satu lagi gubahan yang sebahagian bekas hantarannya telah dibeli oleh bakal pengantin.  Beliau sendiri inginkan bekas ini kerana sangat 'trending' sekarang menggunakan kayu 'palette'.  Penulis ikut sahaja permintaan bakal pengantin.

Bakal pengantin berhajat agar semua hiasan gubahan untuk bekas hantaran ini seboleh-bolehnya temanya serba biru.  Tidak ada masalah dengan permintaan itu kerana penulis sendiri memang minat dengan warna biru.  Apa lagi amat mudah untuk menggabungkan warna biru dengan warna-warna lain.

Satu lagi permintaan bakal pengantin ialah semua hantaran hendaklah disusun dan disematkan dengan rapi kepada bekas hantaran.  Ini kerana majlis akad nikahnya agak jauh dan beliau tidak mahu barang-barang hantaran terjatuh dari bekas hantaran dalam perjalan kerumah pengantin perempuan.

In syaa Allah, jika di bawa dengan cermat, tidak ada barang hantaran yang akan terjatuh dan terkeluar dari bekas hantaran.

Friday, September 23, 2016

Hantaran buat Perajurit

Star Q



Bekas hantaran yang tertera dalam gambar ini adalah bekas yang buat dari kayu dan siap berukir dengan ukiran yang cukup cantik.  Malah ketika bakal pengantin meminta agar bekas hantaran ini digubah, penulis merasakan bekas-bekas kayu berukir tersebut sudah cukup cantik tanpa hiasan lain.

Bagi memenuhi hasrat bakal pengantin, penulis bertanya tema majlis beliau.  Maka dari tema majlis tersebut, penulis telah rangkaikan bunga-bunga yang mudah tapi manis, yang tidak merosakkan kecantikan kotak bekas hantaran itu sendiri.

Paling penting, gubahan ini sangat ringkas kerana barang-barang hantarannya tidak perlu digubah.  Bakal pengantin meminta diletakkan sahaja di dalam kotak.  Mungkin beliau mengenangkan hantaran tersebut perlu melalui perjalanan yang jauh ke rumah pengantin perempuan.

Friday, July 22, 2016

Sejambak Mas Kahwin

Star Q

Banyak sudah penulis mereka jambangan mas kahwin tapi kebanyakannya telah hilang sebab tidak pandai menyimpan sampel-sampel tersebut samada dalam bentuk gambar atau pun dalam bentuk maya.

Antara beberapa sampel jambangan mas kahwin yang masih ada dalam simpanan penulis termasuklah yang ini yang telah digubah menjadi sejambak bunga mawar.