background

Thursday, November 17, 2016

Se Putih Lili

Star Q


Berita tentang pertunangan itu diumumkan secara tiba-tiba sehingga kami sekeluarga besar rasa sedikit teruja dan selebihnya gembira untuk bakal mempelai.  Banyak yang ingin diceritakan tetapi tidak dapat dikongsi di sini.

Pun begitu memadailah jika penulis mengatakan bakal pengantin berada dalam situasi yang membolehkan beliau menguruskan hampir segalanya tentang majlis perkahwinan beliau dengan sendiri; mungkin dengan sedikit bantuan daripada adik beliau.

Jadi, hantaran pertunangan yang dipaparkan di laman senijemarikasar ini dikongsikan oleh bakal pengantin khas untuk blog ini.

Friday, September 30, 2016

Hantaran Serba Biru

Star Q




Ini satu lagi gubahan yang sebahagian bekas hantarannya telah dibeli oleh bakal pengantin.  Beliau sendiri inginkan bekas ini kerana sangat 'trending' sekarang menggunakan kayu 'palette'.  Penulis ikut sahaja permintaan bakal pengantin.

Bakal pengantin berhajat agar semua hiasan gubahan untuk bekas hantaran ini seboleh-bolehnya temanya serba biru.  Tidak ada masalah dengan permintaan itu kerana penulis sendiri memang minat dengan warna biru.  Apa lagi amat mudah untuk menggabungkan warna biru dengan warna-warna lain.

Satu lagi permintaan bakal pengantin ialah semua hantaran hendaklah disusun dan disematkan dengan rapi kepada bekas hantaran.  Ini kerana majlis akad nikahnya agak jauh dan beliau tidak mahu barang-barang hantaran terjatuh dari bekas hantaran dalam perjalan kerumah pengantin perempuan.

In syaa Allah, jika di bawa dengan cermat, tidak ada barang hantaran yang akan terjatuh dan terkeluar dari bekas hantaran.

Friday, September 23, 2016

Hantaran buat Perajurit

Star Q



Bekas hantaran yang tertera dalam gambar ini adalah bekas yang buat dari kayu dan siap berukir dengan ukiran yang cukup cantik.  Malah ketika bakal pengantin meminta agar bekas hantaran ini digubah, penulis merasakan bekas-bekas kayu berukir tersebut sudah cukup cantik tanpa hiasan lain.

Bagi memenuhi hasrat bakal pengantin, penulis bertanya tema majlis beliau.  Maka dari tema majlis tersebut, penulis telah rangkaikan bunga-bunga yang mudah tapi manis, yang tidak merosakkan kecantikan kotak bekas hantaran itu sendiri.

Paling penting, gubahan ini sangat ringkas kerana barang-barang hantarannya tidak perlu digubah.  Bakal pengantin meminta diletakkan sahaja di dalam kotak.  Mungkin beliau mengenangkan hantaran tersebut perlu melalui perjalanan yang jauh ke rumah pengantin perempuan.

Friday, July 22, 2016

Sejambak Mas Kahwin

Star Q

Banyak sudah penulis mereka jambangan mas kahwin tapi kebanyakannya telah hilang sebab tidak pandai menyimpan sampel-sampel tersebut samada dalam bentuk gambar atau pun dalam bentuk maya.

Antara beberapa sampel jambangan mas kahwin yang masih ada dalam simpanan penulis termasuklah yang ini yang telah digubah menjadi sejambak bunga mawar.

Gubahan Pengantin Putrajaya

Star Q


Ini merupakan satu gubahan hantaran yang penulis petik dari almari sejarah gubahan penulis sendiri.  Sayang sekalai inilah satu-satunya gambar gubahan hantaran yang masih berada di dalam simpanan penulis.  Penulis sendiri tidak pernah terfikir untuk membina blog khas untuk mengumpulkan contoh-contoh hasil kerja tangan penulis dan isteri.

Oleh kerana itulah maka banyak gambar-gambar gubahan hantaran telah penulis padam dari simpanan untuk mengosongkan ruang fail dalam komputer penulis.  Namun, mujurlah masih ada gambar yang tersimpandalam akaun media sosial milik penulis.

Wednesday, June 29, 2016

Dulang Hantaran Anas

Star Q




Dulang hantaran yang penulis buat kali ini merupakan sesuatu yang sangat istimewa kerana ianya merupakan set dulang hantaran yang pertama kali penulis buat bukan untuk orang lain.  Rasa teruja yang amat sangat dalam menyiapkan tujuh dulang hantaran ini memang tidak dapat diselindungi lagi.

Sesuatu yang agak unik tentang dulang hantaran ini ialah ianya diperbuat dari anyama rotan dan merupakan hadi dari anak saudara orang rumah yang dibeli semasa pameran pertanian di Universiti Putra Malaysia.


Monday, June 20, 2016

Permintaan Pengantin

Star Q


Kadang-kadang satu-satu gubahan yang dihasilkan itu adalah atas permintaan pihak pengantin itu sendiri.  Banyak faktor yang menyebabkan pengantin meminta hantaran digubah begitu dan begini.  Rasanya tak perlulah perincian itu dibincangkan di sini.

Memadailah sekiranya dikatakan bahawa ada masanya kita perlu menghasilkan gubahan yang mudah atas permintaan pengantin dengan mengenepikan keinginan sendiri untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Sunday, June 19, 2016

Majlis di Felda Bukit Rokan

Star Q





Mula-mula sekali penulis ingin meminta maaf kerana hasil ini adalah yang penulis gubah semula dari yang asal atas permintaan saudara-mara pengantin.  Mungkin mereka tidak berapa puas hati dengan hasil yang asal, lalu meminta mereka meminta digubah semula dengan tema yang baru.

Sebenarnya bukan dengan rasa senang hati tugas ini dijalankan.  Maklumlah terpaksa mengubah seratus peratus gubahan asal mengikut konsep dan tema yang lain.  Pun begitu, penulis berharap pengantin dan keluarga berpuas hati dengan hasil tangan seni jemari kasar.