Star Q
Ini satu lagi gubahan yang sebahagian bekas hantarannya telah dibeli oleh bakal pengantin. Beliau sendiri inginkan bekas ini kerana sangat 'trending' sekarang menggunakan kayu 'palette'. Penulis ikut sahaja permintaan bakal pengantin.
Bakal pengantin berhajat agar semua hiasan gubahan untuk bekas hantaran ini seboleh-bolehnya temanya serba biru. Tidak ada masalah dengan permintaan itu kerana penulis sendiri memang minat dengan warna biru. Apa lagi amat mudah untuk menggabungkan warna biru dengan warna-warna lain.

In syaa Allah, jika di bawa dengan cermat, tidak ada barang hantaran yang akan terjatuh dan terkeluar dari bekas hantaran.