Walaupun gubahan ini nampak agak simple, namun kerja-kerja untuk menyiapkannya tidaklah se simple mana yang disangkakan.
Pertama kerana kebebasan yang agak terhad untuk menghasilkan sesuatu yang benar-benar memuaskan hati penulis walaupun pihak pengantin nampaknya begitu berpuas hati. Sebab keduanya ialah, penulis terpaksa menempuh perjalanan lebih dari 500km untuk menyiapkan gubahan-gubahan tersebut. Namun demikian, walaupun ianya kelihatan simple, yang penting tugasan telah dapat dilaksanakan dengan sempurna.