background

Thursday, May 3, 2018

Untuk Si Anak Empat


Sebenarnya ini adalah hasil gubahan seni jemari kasar yang terawal yang belum sempat dimuatnaik dalam laman blog ini.  Ini memandangkan ketika gubahan ini siap, tiada siapa pun yang pernah memikirkan untuk memuatnaik ke dalam mana-mana media sosial.

Alasan kedua atas keterlewatan ini ialah hasil gubahan bekas hantaran ini baru saja penulis temui di rumah tuan punya bekas-bekas ini  semasa berkunjung ke rumah bonda beliau.

Mungkin bekas rotan yang digubah menjadi bekas hantaran tidak lagi trending kini, namun masih boleh dijadikan panduan menghias apa saja bekas hantaran lain yang lebih terkini.

Apa pun, tuan punya bekas hantaran ini kini sudah pun memilikki empat orang cahayamata. 😊

Trending Kembali?

 Ketika menghadiri satu jemputan majlis perkahwinan di sebuah negeri di utara tanah air baru-baru ini, penulis sempat melihat beberapa hantaran yang telah digubah oleh pihak pengantin perempuan.

Salah satu gubahan tersebut telah menarik perhatian penulis kerana gubahan ini merupakan gubahan yang sangat trending sekitar 30 tahun yang lalu sewaktu penulis sendiri menjadi pengantin.


Penulis tertanya pada diri sendiri.  Adakah gubahan buah anggur atau cempedak ini sudah kembali trending?  Satu ketika dahulu ramai pengantin menolak untuk membuat gubahan ini sebab sekiranya ianya menggunakan kain untuk dibuat baju, kain akan menjadi renyuk dan sukar dilicinkan.


Tapi mungkin juga lah gubahan ini sudah kembali trending!  Mungkin! 😃